Jumaat, 5 Ogos 2011

Sejarah Perisai Komuniti

Sejarah tercipta

Ketahui serba sedikit mengenai Perisai Komuniti, perlawanan tradisi pembuka tirai EPL .

1. Perisai Komuniti (mulanya dikenali sebagai Perisai Sumbangsih FA) dipertan-dingkan kali pertama pada 1908 dengan Manchester United tampil sebagai juara utama. Ia berasal daripada perlawanan ‘Perisai Sheriff of London’, satu perlawanan tahunan yang mempertemukan pasukan profesional terbaik dan pasukan amatur terbaik.

2. Perisai Sumbangsih itu kemudiannya dikenali sebagai Perisai Komuniti pada 2002. Tahun ini adalah edisi ke-89 perlawanan perisai itu.

3. Manchester United beraksi dalam 27 perlawanan Perisai, memenanginya sebanyak 14 kali yang juga satu rekod dan berkongsi empat kali.


4. United menjadi pasukan pertama menjuarai Perisai berkenaan pada 1993

menerusi penentuan penalti. Sebelum itu, setiap pasukan akan menyimpan perisai
itu selama enam bulan jika perlawanan berkesudahan seri.

5. United adalah juara bertahan Perisai berkenaan dengan kemenangan 3-1 ke atas Chelsea, Ogos tahun lalu di depan lebih 84,000 penonton.

6. Manchester City tampil dalam tujuh perlawanan Perisai. Mereka menjadi juara pada 1937, 1968 dan 1972. Pada penampilan terakhir mereka dalam perlawanan Perisai berkenaan pada 1973, City tewas 1-0 kepada Burnley di Maine Road.

7. City dan United pernah bertemu sekali dalam sejarah penganjuran Perisai itu selama 103 tahun. Perlawanan itu diadakan di Maine Road pada 24 Oktober 1956, satu daripada perlawanan terawal diadakan di bawah lampu dan penyokong lebih 30,000 menyaksikan pemain United, Dennis Viollet menjaringkan gol tunggal perlawanan.

8. Pada 1956 United menjadi juara Liga dan City juara Piala FA.

9. Pemain United, Ryan Giggs mencatat rekod sebagai pemain terbanyak beraksi dalam 13 perlawanan Perisai dan menang lapan kali. Rio Ferdinand memenanginya sebanyak tiga kali.

10. Perisai berkenaan tidak hanya dipertandingkan di antara kelab. Terdapat enam perlawanan di antara pasukan Profesional dan Amatur. Perlawanan pada 1950 di Stamford Bridge mempertemukan pasukan Piala Dunia England pada tahun itu dan pasukan FA yang menjelajah Kanada.

11. Jaringan paling ‘gila’ dalam Perisai berlaku di Old Trafford pada 1967. Pat Jennings, penjaga gol antarabangsa Ireland menjaringkan gol kedua Spurs ketika seri 3-3 dengan Manchester United. Dengan bola di tangan, dia menyepak ke tengah padang. Ia melantun di depan penjaga gol United, Alex Stepney, melepasi kepalanya dan masuk ke gawang.

12. Wembley menjadi tuan rumah Perisai sejak 1974, ketika tradisi itu diwujudkan dengan juara Liga akan menentang juara Piala FA sebagai pembuka tirai musim baru. Sebelum itu, perlawanan Perisai yang kurang berprestij diadakan di stadium pasukan juara Liga.