MANCHESTER United akan menentang Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti Ahad ini, memberikan satu lagi peluang kepada peminat untuk melihat sama ada keseimbangan kuasa dalam bola sepak Inggeris sudah beralih arah.
United sudah beraksi buat kali ke-18 dalam perlawanan tradisi pembuka tirai selepas penampilan terakhir City pada 1973 tetapi pemilik City yang kaya raya terus melakukan pelaburan berterusan yang sebelum ini membantu kelab itu menjulang Piala FA, Mei lalu.
Ketika United sudah menjulang kejuaraan buat kali ke-19 musim lalu, trofi pertama City dalam tempoh 35 tahun dan kedudukan tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris membayangkan bahawa kejayaan di Manchester kini dikongsi sama rata.
Sejak menamatkan saingan musim lalu dengan sembilan mata di belakang United dalam Liga Perdana Inggeris dan menjuarai Piala FA dan menewaskan pesaing setempat mereka di Wembley, City kini mempunyai skuad yang cukup berkuasa dengan kehadiran Sergio Aguero.
Kekuatan yang dimiliki City dan kemantapan di bahagian pertahanan dengan adanya bek kiri, Gael Clichy dan pertahanan tengah Stefan Savic, Alex Ferguson kini meletakkan City setaraf Chelsea sebagai pasukan yang mampu mencabar United untuk menjulang kejuaraan.
“Saya harapkan lebih banyak pembelian dilakukan,” kata Ferguson.
“Chelsea tidak kelihatan begitu sibuk, melainkan pengurus yang perlu menyesuaikan diri dengan skuad yang dimilikinya, City sudah membeli Gael Clichy dan mereka dijangka membeli beberapa pemain lain.
“Kami menjangkakan cabaran yang hebat daripada kedua-dua pasukan,” katanya.
City dilaporkan membayar �38 juta (RM185.6 juta) kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan penyerang Argentina, Aguero dan menjadikan perbelanjaan mereka di luar musim melepasi paras �50 juta (RM243.9 juta).
“Kami tidak sabar menantikan aksi Sergio Aguero,” kata penjaga gol England, Joe Hart yang turut menyarung jersi nombor 1 City musim ini.
“Tidak banyak aksinya yang saya lihat tetapi daripada apa yang saya lihat ketika latihan cukup mengujakan,” katanya.
Aguero dijangka membuat penampilan sulungnya dalam pertemuan kedua kelab Manchester berkenaan dalam perebutan perisai sejak 1956 dan bakal berdepan pertahanan United yang berwajah baru.
Ferguson perlu memilih di antara David de Gea dan Anders Lindergaard untuk berada di gawang sebagai pengganti Edwin van der Sar yang sudah bersara manakala pertahanan, Phil Jones mungkin akan membuat penampilan selepas perpindahan bernilai STG16.5 juta (RM80.5 juta) dari Black�burn.
Pastinya ia satu perlawanan sulung yang sukar buat pemain Inggeris berusia 19 tahun itu jika Aguero yang tampil 30 kali bersama skuad negaranya dan pemenang Piala Dunia, David Silva mempamerkan prestasi hebat mereka di Wembley.
“Kami mula mengenal pasti bakat Jones apabila dia bermain dalam skuad remaja Blackburn ketika menentang kami beberapa tahun lalu dan mereka menewaskan kami 3-0. Dia benar-benar luar biasa,” kata Ferguson.
“Anda mungkin terfikir dia tidak akan bermain tetapi dengan kemahiran dan keazaman yang dimilikinya, dia mam bermain dengan mudah,” katanya.
Ferguson juga bakal memberi peluang kepada pemain sayap bernilai �17 juta (RM83 juta), Ashley Young untuk membuktikan kehebatannya.
“Ashley boleh beraksi lebih daripada satu posisi tetapi kami akan memulakannya di bahagian sayap kiri,” katanya.
Prestasi United ketika pra musim sukar diramal dengan kemenangan 2-1 ke atas Barcelona hanya dilakukan skuad kedua mereka. City pula begitu mengagumkan selepas menewaskan Inter Milan 3-0 minggu lalu tanpa Aguero atau Carlos Tevez yang mahu meninggalkan kelab itu dan dijangka tidak diturunkan esok.
“Kami mempunyai kempen pra musim yang baik tanpa sebarang persembahan buruk dan penuh dengan keyakinan,” kata pertahanan, Vincent Kompany said.
“Kami sedar, kami boleh meningkatkan tahap permainan ke peringkat lebih tinggi. Saya pasti kami akan meningkatkan tahap permainan kami di Wembley,” katanya.