1 ) Perlawanan pertama Liga FAS Pasukan Senior A menentang Pasukan Pemuda Selayang di Padang RRI pada 13 Jun 2009. Pasukan MEBAFC menang dengan jaringan 2 ~ 0 . Gol telah dijaringkan oleh penyerang Afizul dan pemain tengah Ijam. Walaubagaimanapun Jurulatih Wan masih tidak berpuas hati dengan corak permainan pasukan ini kerana pemain seperti hilang arah dan tidak boleh mengawal bola. Pemain bermain dalam keadaan gementar. Peluang untuk menjaringkan gol telah disia-sia begitu saja. Pengurusan MebaFC mengucapkan tahniah kepada Jurulatih dan pemain pasukan A.
2 ) Pasukan bolasepak SUKSES daerah Klang telah mula menjalani latihan dipadang Meru 4 di bawah kendalian Jurulatih Wan.Tahniah kepada jurulatih Wan kerana terpilih melatih pasukan bolasepak SUKSES klang. Walaupun padang sedang dibaiki pemain tetap bersemangat menjalani latihan.
3 ) Jurulatih pasukan Akademi B10 dan B12 telah memilih pemain untuk menyertai Festival Bolasepak B10 & B12 Hulu Selangor pada 27 jun 2009 .Sebanyak 14 pasukan B10 dan 19 pasukan B12 dari sekitar Selangor akan menyertai Kejohanan ini. Pengurusan MebaFC telah mengeluarkan surat kebenaran kepada pemain yang terpilih untuk mendapat persetujuan dan ditandatangani oleh pihak ibubapa.