1. Pengurusan MEBA FC terutamanya Jurulatih Wan sedang berusaha untuk membawa pasukan Liga Super Selangor ke Meru. Pemain Liga Super Selangor akan menjalani latihan di padang Meru 4. Tujuannya adalah untuk memberi semangat kepada pemain Meba FC dan berkenalan dengan pemain pujaan mereka. Jurulatih Wan masih lagi berbincang dengan Pegawai FAS. Kami amat berbesar hati jika Pasukan Selangor dapat datang dan berlatih di padang yang sama pasukan Meba FC berlatih. Kami berdoa semoga Jurulatih Wan berjaya.
2. Pasukan Remaja dan Senior akan mengadakan perlawanan persahabatan di Perlis dan Kedah.
Maklumat berkumpul adalah seperti berikut :
Tarikh bertolak : 26 jun 2009
Tempat Berkumpul : Padang Meru 4
Masa : 9 pagi
3. Pasukan Akademi akan pergi ke Festival Bolasepak B10 & B12 dengan menaiki sebuah bas. Maklumat berkumpul adalah seperti berikut :
Tarikh : 27 jun 2009
Tempat : 7 Eleven Taman Meru Indah
Masa : 6 pagi
Untuk pertanyaan boleh menghubungi Jurulatih Akademi. Pihak Akademi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu. Azri Ent telah menyumbang makanan untuk pemain dan pegawai yang menyertai pertandingan.