Pada 12 July 2009 pasukan Selangor telah datang ke padang Meru 4. Dari Tol Setia Alam bas pasukan Selangor telah disambut oleh konvoi motosikal pemuda Meru berpakaian merah kuning. Lebih kurang 40 buah motosikal mengiringi Bas FAS ke Padang Meru 4.
Pukul 3.50 ptg - Bas FAS tiba di padang Meru 4. Lebih kurang 2000 peminat telah menunggu ketibaan pasukan Selangor. Ketibaan Pemain Selangor disambut dengan pukulan Kentrong.
Kemudian Pemain menikmati minum petang.
Pukul 4.00 ptg- Ketibaan YB Dun Meru Dr Rani
Pukul 4.15 ptg - K.Devan dan P.Maniam mengadakan Klinik Bolasepak. Lebih kurang 60 pelatih Akademi Bolasepak MEBA B13 telah mengikuti klinik tersebut. Kemudian pemain Selangor turut mengajar pelatih Akademi MEBA. Pelatih terasa teruja dapat bertemu dengan pemain seperti Safee Sali, Hardi Jaafar, Khairul Anuar BAharom, Hamsani dan lain lain lagi.
Pukul 5.00 ptg- Pasukan Selangor memulakan sesi latihan mereka. Peminat mengambil kesempatan mengambil gambar dan menyaksikan pemain berlatih dari jarak dekat.
Pukul 5.30ptg - Sesi autograf dan mengambil gambar.
Pukul 6.00ptg- Ucapan YB DR Rani, EN Zakaria, En Hamidin, En Ahmad Kayat dan En Mustapa. Acara penyampaian hadiah street soccer, karaoke dan pertandingan mewarna. Juga penyampaian sijil pemain B16 MBMB dan pemain Akademi B10 dan B12. FAS menyerahkan 500 tiket Piala Selangor kepada YB.
Pukul 6.30ptg - Pemain Selangor bersurai.
Pengurusan MEBA FC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya RT Meru 4 dan Dun Meru. RT Meru 4 dan Dun Meru telah banyak membantu dari segi kewangan dan bantuan tenaga dari awal perancangan program tersebut.
Pengurusan MEBA FC juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang perseorangan yang banyak membantu. Terima kasih kepada pasukan Rela dan SRS yang menjaga keselamatan dan kelancaran jalan raya. TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YANG MEMBERI SUMBANGAN KEWANGAN.
Terima Kasih Semua!!!!!!!!!!
Diharap kita semua dapat menjayakan program besar seperti ini lagi. SYUKUR kehadrat illahi kerana program ini berjalan lancar, AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.